Sangat berguna untuk anda...
Untuk dikongsikan bersama.
Mudah-mudahan ada manfaatnya..
Emel asal ini dari seorang Pakar Farmasi..
Assalamualaikum Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir. Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut. Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat? Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:
1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.
4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.
5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.
6. Boar : Babi liar
7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.
8. Sow Milk : Susu BAbi dan ada pelbagai istilah lagi...
Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi". TQ
♫ Sharing is Caring ♫
Monday, October 10, 2011
Monday, October 3, 2011
Tuesday, March 22, 2011
Apa itu Fluorida
APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.
MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.
MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.
KES MAHKAMAH
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.
PENYELIDIKAN AWAM
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."
AMARAN & PANDUAN
Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:
"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."
/
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”
FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:
- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit
BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!
Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida
p/s es0k result spm kuar...
Wednesday, March 9, 2011
Tuesday, March 8, 2011
Fakta disebalik kenapa Yahudi bijak
- Pernahkah anda terfikir bagaimana sesebuah etnik/kaum bersaiz kecil di dunia ini mampu ‘memerintah’ dunia secara terhormat dan berkuasa..??Etnik yang dimaksudkan ialah Yahudi / Jewish lebih dikenali sebagai Jews..Berikut merupakan fakta-fakta ringkas mengenai Yahudi..<o:p></o:p>
- Hanya satu keistimewaan yang ada pada mereka iaitu ‘kebijaksanaan’ dan ‘kepandaian’ (Intelligent)..Di dalam terjemahan Al-Quran,kitab Taurat,kitab Injil dan kitab Zabur sekalipun menceritakan bahawa entik ini dikurniakan kepandaian yang tidak mampu ditandingi bangsa lain..<o:p></o:p>
- Purata mereka yang berbangsa Yahudi menetap di Israel,U.S. of America, Eropah,Timur Tengah,Asia dan di benua Afrika..Dianggarkan jumlah Yahudi di dunia adalah seramai 14 juta orang..Bilangan umat Islam..??Lebih 1.5 Billion orang di muka bumi ini..<o:p></o:p>
- Tetapi bagaimana Yahudi mampu berkuasa mengatasi Islam..?? Nisbah seorang Yahudi bersamaan dengan 100 umat Islam..!! Tetapi bagaimana saudara Islam kita di Palestin boleh ditindas dan dibunuh dengan kejam..?? Dan bagaimana pula 100 orang Islam takut kepada seorang Yahudi..?? Bukankah kita mampu menewaskan Yahudi dengan hanya sebelah tangan..??<o:p></o:p>
- Hanya satu yang melemahkan penduduk Islam yang sedang dan telah ditindas itu,iaitu ‘teknologi’ yang digunapakai Yahudi..’Kebijaksanaan’ Yahudi mendorong kepada pemodenan teknologi yang dibangunkan..<o:p></o:p>
- Yahudi pada suatu ketika dahulu sering ditindas dan mereka bangkit semula dengan menubuhkan sebuah organisasi seakan-akan kerajaan sendiri.. Perkara ini boleh dilihat semasa kebangkitan Yahudi di Perang Dunia ke-2.. Mereka juga pernah dianiaya Hitler (pemimpin Nazi)..<o:p></o:p>
- Sekarang hampir 70% ekonomi dunia dipegang oleh Yahudi..<o:p></o:p>
FAKTOR-FAKTOR KEBIJAKSANAAN YAHUDI
- PEMAKANAN-Jika dilihat menu makanan harian Yahudi terutama di Israel, mereka hanya mengamalkan buah-buahan,ikan (dalam bentuk isi dan fillet),salad ,kacang dan badam..<o:p></o:p
- Daging ikan amat baik untuk perkembangan otak..Menu ini dipercayai mempengaruhi ‘kebijaksanaan’ generasi muda Yahudi..Rakyat Jepun yang terkenal dengan inovasi robotik dan elektronik mereka menjadikan Sushi (daging ikan mentah) sebagai makanan kegamaran mereka(!!Think it wisely!!)<o:p></o:p>
- Golongan ibu yang sedang mengandung millatfacebook mengamalkan badam sebagai snek harian mereka..Tidak lupa juga ada yang mengamalkan pil minyak ikan..
- Jika di Malaysia,hanya segelintir ibu mengandung mematuhi amalan pemakanan sihat..Terdapat juga ibu yang makan makanan ikut sedap hati sahaja seperti pengambilan nasi lemak (tinggi lemak) , minuman ringan (tinggi gula) , sos cili/tomato (200 sudu teh gula setiap botol) dan yang paling buruk,ibu mengandung yang terdedah kepada asap rokok..<o:p></o:p>
- KEWAJIPAN IBU MENGANDUNG-Sudah menjadi kewajipan orang Yahudi untuk membentuk fikiran pintar bayi di dalam kandungan masing masing..<o:p></o:p>
- Antara kepercayaan mereka adalah dengan menyelesaikan masalah matematik dan kesimpulaannya yang diperoleh dari buku latihan yang dibeli si suami di kedai buku..Mereka akan menyelesaikannya bersama..
- Mengikut kepercayaan Yahudi,mereka sedang melatih otak bayi mereka dengan latihan matematik yang agak kompleks..Segelintir ibu mengandung juga suka bermain piano dan menyanyi kerana mereka berpendapat dengan alasan ingin melatih otak bayi mereka di dalam kandungan..<o:p></o:p>
- ANTI-ROKOK-Semua sedia maklum bahawa asap rokok membahayakan kesihatan..Jika di Israel,anda dilarang sama sekali merokok di kawasan terbuka/awam..Yahudi tetap mahu berpegang teguh atas pendirian mereka tentang bahayanya rokok..
- Di Malaysia,segelintir generasi muda yang merupakan pelapis negara bebas menghisap rokok di kawasan-kawasan awam yang terbuka..Ini bukan sahaja membahayakan nyawa perokok,malah turut membahayakan mereka yang ter-hidu asap rokok secara tidak sengaja..<o:p></o:p>
- Kerajaan sepatutnya menguatkuasakan undang-undang terhadap penjualan rokok ataupun mengharamkannya sahaja daripada masuk ke nagara ini.. Rokok mengandungi tar,nicotine,beberapa jenis racun berbahaya dan sebagainya..Jika ada yang ingin membangkang,fikirkan sebab-sebab mengapa anda perlu merokok..!! Perokok-perokok ini sebenarnya sedang menzalimi ciptaan Tuhan iaitu organ-organ di dalam tubuh badan mereka..<o:p></o:p>
- Di Indonesia,rokok boleh dibeli dengan harga kurang dari $ 70 cents sekotak.. Jika anda pernah ke Jakarta,di mana-mana sahaja pasti ada asap rokok..Itu sebab ramai rakyat mereka yang jadi tak tentu hala dan bertindak melulu.. Perhatikan juga pertandingan matematik peringkat antarabangsa,ke tempat berapakah mereka..?? (!! Think it wisely !!)<o:p></o:p>
- Saya rasa jika rakyat Malaysia mampu mencontohi Yahudi,kepesatan industri kita pasti akan berganda dan pesawat pejuang kita sudah mampu bina sendiri..Tetapi perlu ingat, jangan contohi kezaliman mereka!
- Berikut merupakan antara tokoh-tokoh Yahudi yang telah menonjolkan ‘kepandaian’ mereka..
- Albert Einstein iaitu seorang ahli fizik teori yang dikenali sebagai saintis yang teragung pada abad ke-20 ialah seorang Yahudi..Karl Marx (pengasas komunisme di dunia) juga seorang Yahudi..Selain mereka,ramai lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka memberi kemudahan dengan menghasilkan keperluan untuk kita semua..<o:p></o:p>
- Alert Sabin,Baruch Blumberg dan Paul Ehrlich menemukan dan mencipta vaksin Hepititis B,Vaksin polio hidup dan rawatan untuk ‘siflis’..Benjamin Rubin yang juga seorang Yahudi memperkenalkan jarum suntikan pelalian pertama..<o:p></o:p>
- Willem Koff mencipta mesin dialysis buah pinggang..Aaroj Beck menemui kaedah terapi kognitif (rawatan kesugulan,fobia,tekanan dan mental).. Ramai lagi tokoh yang berketurunan Yahudi dan sebahagiannya dianugerahkan Nobel Prize Awards..<o:p></o:p>
- Sejak 100 tahun,14 Juta Yahudi berjaya membolot 15 Nobel Prize Awards sementera 3 Nobel Prize Awards dimenangi 1.4 Billion umat Islam.<o:p></o:p
- Yang lebih membanggakan Yahudi lagi,anda kenal Stanley Mazor..?? Beliau ialah antara salah seorang yang mencipta microprocessor pertama di dunia (juga seorang Yahudi).. Leo Szilards membangunkan rangkaian reaktor nuklear pertama,Peter Schlutz mencipta kabel gentian optik pertama dan ramai lagi..<o:p></o:p>
- Perdagangan jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Levis Strauss (Levi’s Jeans) , Ralph Lauren (Polo) , Donna Karan (DKNY) ,Sergey Brin (Google) , Michael Dell (Dell Com.) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donut’s)..<o:p></o:p>
- Dalam dunia media juga dikuasai Yahudi..Wolf Blitzer (CNN),Henry Grunwald (Manager-Editor Time),Barbara Walters (ABC News), Max Frankel (the New York Times),Katherine Graham (penerbit the Washington Post) dan ramai lagi..<o:p></o:p>
- Di atas hanya beberapa sahaja,jika disenaraikan semua memang tidak cukup ruang untuk Blogger..Fikirkanlah betapa bijaknya Yahudi..<o:p></o:p>
KEPESATAN INDUSTRI PERTAHANAN YAHUDI
- Saya rasa statement ini boleh memberi kefahaman kepada semua pembaca ‘Sukhoi SU-30MK pada asalnya dilengkapi dengan sistem Avionics dan kawalan berkomputer buatan Israel,tetapi untuk versi SU-30MKM, ‘M’ untuk Malaysia,seluruh komponen buatan Israel itu digantikan dengan komponen Mix-and Match dari negara-negara lain’<o:p></o:p>
- Israel merupakan pengeluar senjata paling canggih di dunia selepas U.S. Dari aspek darat,Israel mereka dan mencipta sendiri Main Battle Tank – Merkava Mark I hinggalah Mark IV yang termaju..
- TROPHY dapat menangkis segala jenis Anti-Tank Missiles , ATGM , RPG.. Untuk mengetahui lebih lanjut,search TROPHY – The World First and only , Operational Active Protection System<o:p></o:p>
- Bagi aspek udara pula,Israel merupakan hab utama yang memasarkan komponen penting pesawat pejuang kepada syarikat utama seperti Irkustk Corporation yang memasarkan Sukhoi kepada nagara-negara lain..<o:p></o:p>
- Antara komponen yang dicipta ialah seperti sistem avionic yang dilengkapkan pada pesawat,komponen ‘manuevaribility’,microchip dan banyak lagi.. (correct me if I’m wrong)<o:p></o:p>
- Itu hanya Yahudi yang bertapak di Israel,belum lagi di U.S. dan negara-negara lain..Hampir seluruh kepesatan teknologi manusia di dunia dipengaruhi dan dikuasai Yahudi..<o:p></o:p>
- Kita sebagai rakyat Malaysia perlu yakin akan kebijaksanaan kita sebagai umat Islam..Tetapi kebijaksanaan itu terhalang oleh ketamakan,sikap pentingkan diri dan bongkak dan lupa akan siapa yang menciptakan dirinya..<o:p></o:p>
- DOA merupakan senjata utama umat Islam.. Ambil iktibar dari Peperangan Badar,Peperangan Khandak,Peperangan Uhud dan lain-lain lagi yang menyaksikan mejoriti tentera Islam berjaya menewaskan tentera kafir Quraisy walaupun jumlah tentera kita amat sedikit tanpa kelengkapan perang yang cukup..<o:p></o:p>
- Sekian,Wassalaimualaikum warrah matullahi’ wabarakatuh..
Saturday, March 5, 2011
Monday, February 28, 2011
Nescafe 3 in 1
Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang
Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan…..
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.
Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat
dikenalpasati:
Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.
Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'
Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:
1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.
Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.
Sekian wassalam wallahuaqlam. _,
Subscribe to:
Posts (Atom)